MULAI tahun 2008, PSS melaksanakan sistem automasi untuk urusan sirkulasi atau pinjaman buku. Dengan menggunakan perisian e-Khutub, buku didaftarkan dan dikatalogkan, kemudian diedarkan kepada warga SMKSO melalui proses pinjaman. Walaupun pendaftaran buku boleh dirujuk melalui komputer, satu salinan cetakannya dimasukkan ke dalam Buku Pendaftraran Buku Perpustakaan untuk rujukan secara manual.
Untuk membolehkan pinjaman buku dibuat, pelajar, guru dan kakitangan sekolah harus menjadi ahli Perpustakaan. Caranya cukup mudah, dengan mengisi borang ringkas yang dapat diperoleh di Perpustakaan. Bakal ahli dikehendaki menyerahkan borang yang telah lengkap kepada Pembantu PSS, Puan Syarifah Habibah (Yana) bersama dengan sekeping gambar dan wang keahlian RM2.00. Bayaran ini untuk kad PSS berwarna dan tali. Ada cadangan supaya bayarannya diturunkan. Kemungkinan dapat dipertimbangkan bayarannya RM1.00 sahaja, tetapi cetakannya hitam-putih sahaja. Sekiranya warga SMKSO tidak mendaftar, sudah pasti warga berkenaan tidak dapat meminjam buku.
.
Tempoh pinjaman hanya seminggu. Walau bagaimanapun, pelajar boleh menyambung pinjamannya untuk seminggu lagi. Untuk menyambungnya, pelajar dikehendaki menyerahkan buku dan kad PSS kepada Pengawas PSS yang bertugas. Prosesnya tidak lebih daripada dua minit sekiranya tiada masalah teknikal, antaranya gangguan internet. Tempoh pinjaman untuk guru pula ditambah daripada seminggu kepada dua minggu mulai bulan lalu.
.
Buat masa ini, sistem automasi ini digunakan untuk buku sahaja. Proses untuk mengautomasi bahan bacaan jenis lain - majalah, jurnal, buletin, dan seumpamanya - serta bahan bukan buku, tidak dapat dilaksanakan kerana ada masalah teknikal dari segi sistem.
.
Di Perpustakaan SMKSO, buku rujukan mata pelajaran bagi semua tingkatan, diletakkan pada rak yang khas untuk peringkat PMR, SPM, dan STPM, walaupun nombor panggilannya mengikut Sistem Perpuluhan Dewey. Hal ini dilakukan untuk memudahkan pelajar mencari buku rujukan mata pelajaran dengan cepat dan mudah, memandangkan masa rehat pelajar yang terhad.
. Rak buku mengikut Sistem Perpuluhan Dewey
.Rak buku untuk rujukan mata pelajaran mengikut peringkat PMR, SPM, dan STPM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pelajar dibenarkan meminjam tiga buah buku sebarang jenis serentak. Guru boleh meminjam sehingga lima buah. Bagi pelajar, waktu membuat pinjaman boleh dilakukan pada waktu rehat sahaja, waktu selepas tamat sesi pelajaran, dan semasa cuti sekolah, kecuali hari kelepasan am. Perpustakaan dibuka hingga tamat waktu pejabat pada setiap hari persekolahan dan cuti sekolah kerana Pembantu PSS bertugas sepenuh masa di sini. Peminjam yang lewat menghantar buku akan dikenakan denda mengikut hari lewat, bermula hari selepas tarikh hantar sebenar, dan ditolak cuti umum.
.