24 April 2009

Prawacana PSS

SEJARAH RINGKAS


Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO), Dungun, Terengganu, asalnya daripada nama Khutub Khanah, dan kemudiannya Perpustakaan, wujud semenjak kewujudan sekolah ini pada tahun 1959. Ketika itu nama sekolah ini ialah Dungun English Secondary School (DESS).

PSS yang awal ditempatkan di tingkat atas Blok F (Blok Makmal Sains). Mulai tahun 2002, PSS dipindahkan ke tingkat atas Blok E (Blok Koperasi). Lokasi terbaharu ini memudahkan pelajar dan guru mengunjungi PSS kerana terletak di tengah-tengah pusat pengurusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ketika itu, PSS hanya terdiri daripada dua buah bilik darjah untuk Unit Perpustakaan, dan masing-masing sebuah bilik darjah untuk Unit Alat Pandang Dengar dan Unit Bahan Bantu Mengajar. Satu lagi unit di bawah PSS, Nilai Ilmu Amalan Membaca (NILAM) beroperasi bersama dengan Perpustakaan. Satu unit lagi, Unit Projek Intervensi, beroperasi bersama unit BBM. Kesemua entiti tersebut diselaraskan oleh Guru Penyelaras PSS, yang mulai tahun 2006, dikenali sebagai Guru Perpustakaan dan Media, atau Guru Media. Guru Media yang pertama ialah Puan Noorrashima Ismail.


Pada tahun 2003, PSS dinaik taraf dengan kemudahan hawa dingin dan lantai jubin, Perpustakaan mendapat tambahan sebuah bilik darjah pada tahun 2003 ini, sebuah lagi bilik darjah pada tahun 2005. Oleh itu, kini Perpustakaan menggunakan empat buah bilik darjah.

PSS mendapat tambahan unit apabila Makmal ICT dibina oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2002, diikuti oleh Pusat Akses Maklumat pada tahun 2007. Apabila seorang Guru Penyelaras Bestari dilantik, unit Makmal ICT dan Pusat Akses Maklumat diletakkan di bawah kawalan Guru Penyelaras Bestari.


LOKASI

PSS terletak di tingkat 1 Blok Koperasi, bersebelahan dengan Dewan Wawasan. Dengan menaiki tangga yang terletak sebelum Kedai Koperasi, anda akan menemukan Perpustakaan, diikuti oleh bilik Alat Pandang Dengar, bilik Pusat Akses Maklumat, dan bilik Bahan Bantu Mengajar/Projek Intervensi.


Walau bagaimanapun, Makmal ICT mempunyai bangunannnya sendiri, terletak bersebelahan dengan Surau Al-Ikhlas.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan