24 Julai 2009

PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN

MULAI tahun 2008, PSS melaksanakan sistem automasi untuk urusan sirkulasi atau pinjaman buku. Dengan menggunakan perisian e-Khutub, buku didaftarkan dan dikatalogkan, kemudian diedarkan kepada warga SMKSO melalui proses pinjaman. Walaupun pendaftaran buku boleh dirujuk melalui komputer, satu salinan cetakannya dimasukkan ke dalam Buku Pendaftraran Buku Perpustakaan untuk rujukan secara manual.


Untuk membolehkan pinjaman buku dibuat, pelajar, guru dan kakitangan sekolah harus menjadi ahli Perpustakaan. Caranya cukup mudah, dengan mengisi borang ringkas yang dapat diperoleh di Perpustakaan. Bakal ahli dikehendaki menyerahkan borang yang telah lengkap kepada Pembantu PSS, Puan Syarifah Habibah (Yana) bersama dengan sekeping gambar dan wang keahlian RM2.00. Bayaran ini untuk kad PSS berwarna dan tali. Ada cadangan supaya bayarannya diturunkan. Kemungkinan dapat dipertimbangkan bayarannya RM1.00 sahaja, tetapi cetakannya hitam-putih sahaja. Sekiranya warga SMKSO tidak mendaftar, sudah pasti warga berkenaan tidak dapat meminjam buku.
.
Tempoh pinjaman hanya seminggu. Walau bagaimanapun, pelajar boleh menyambung pinjamannya untuk seminggu lagi. Untuk menyambungnya, pelajar dikehendaki menyerahkan buku dan kad PSS kepada Pengawas PSS yang bertugas. Prosesnya tidak lebih daripada dua minit sekiranya tiada masalah teknikal, antaranya gangguan internet. Tempoh pinjaman untuk guru pula ditambah daripada seminggu kepada dua minggu mulai bulan lalu.
.
Buat masa ini, sistem automasi ini digunakan untuk buku sahaja. Proses untuk mengautomasi bahan bacaan jenis lain - majalah, jurnal, buletin, dan seumpamanya - serta bahan bukan buku, tidak dapat dilaksanakan kerana ada masalah teknikal dari segi sistem.
.
Di Perpustakaan SMKSO, buku rujukan mata pelajaran bagi semua tingkatan, diletakkan pada rak yang khas untuk peringkat PMR, SPM, dan STPM, walaupun nombor panggilannya mengikut Sistem Perpuluhan Dewey. Hal ini dilakukan untuk memudahkan pelajar mencari buku rujukan mata pelajaran dengan cepat dan mudah, memandangkan masa rehat pelajar yang terhad.




. Rak buku mengikut Sistem Perpuluhan Dewey





















.Rak buku untuk rujukan mata pelajaran mengikut peringkat PMR, SPM, dan STPM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pelajar dibenarkan meminjam tiga buah buku sebarang jenis serentak. Guru boleh meminjam sehingga lima buah. Bagi pelajar, waktu membuat pinjaman boleh dilakukan pada waktu rehat sahaja, waktu selepas tamat sesi pelajaran, dan semasa cuti sekolah, kecuali hari kelepasan am. Perpustakaan dibuka hingga tamat waktu pejabat pada setiap hari persekolahan dan cuti sekolah kerana Pembantu PSS bertugas sepenuh masa di sini. Peminjam yang lewat menghantar buku akan dikenakan denda mengikut hari lewat, bermula hari selepas tarikh hantar sebenar, dan ditolak cuti umum.






.

17 Julai 2009

PASUKAN ZAPIN PSS

TIDAK ramai yang mengetahui bahawa pasukan Tarian Zapin SMKSO diwujudkan dengan inisiatif Pusat Sumber Sekolah. Penubuhannya pada tahun 2007 atas galakan daripada Pengetua, Encik Ab Malik bin Musa Dali (2004-2009). Pada peringkat awalnya, kebanyakan ahlinya terdiri daripada Pengawas PSS lelaki. Kumpulan ini dibimbing oleh Puan Syarifah Habibah binti Md Noor, Pembantu PSS. Kumpulan ini juga pernah dilatih oleh jurulatih daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu selama tiga bulan.

Pasukan ini dikenali sebagai Kumpulan Zapin Budi, sempena dengan lagu "Zapin Budi Bahasa" yang ditarikan. Semenjak penubuhannya, kumpulan ini tidak pernah ketinggalan membuat persembahan dalam majlis anjuran sekolah, seperti sambutan Hari Guru.

Penyertaan pertama di luar lingkungan sekolah adalah dalam pertandingan tarian antara sekolah menengah daerah Dungun sempena Pekan Budaya Dungun 2007. Penyertaan sulung itu membawa tuah kerana pasukan ini menjadi johan. Pada tahun 2008, kumpulan ini menjuarai Pertandingan Kebudayaan Program Merakyatkan Seni dan Budaya Daerah Dungun.

Mulai tahun 2009, SMKSO mewujudkan Kelab Nasyid dan Zapin, dan kumpulan ini diletakkan di bawah kelab ini. Puan Ruhana Yusof, Penyelaras Perpustakaan, menjadi Guru Penasihat, dan dibantu oleh Puan Syarifah Habibah.
.
Pada bulan Februari 2009, kumpulan zapin membuat persembahan awam sempena Sambutan 50 Tahun SMKSO. Pada tahun ini juga pasukan ini disertai ahli-ahli baharu daripada kalangan pelajar lelaki tingkatan 1 dan 2. Ahli-ahli baharu ini mendapat bantuan bimbingan beberapa orang ahli lama. Mereka juga telah membawa lagu zapin baharu, "Zapin Beradat". Kumpulan penari baharu ini membuat persembahan sulung di Dewan Warisan SMKSO sempena Karnival Koakademik pada akhir April lalu. Mereka juga membuat persembahan dalam Majlis Keraian Mantan Pengetua pada 17 Jun 2009.
Pasukan Zapin mempersembahkan tarian sempena Karnival Koakademik 2009
.
Sebahagian penari dalam persembahan sempena Majlis Keraian Mantan Pengetua SMKSO (17 Jun 2009)
.
.
.
.
Yang terbaharu, pada malam 10 Julai 2009, pasukan ini membuat persembahan di Padang Astaka Dungun sempena Pekan Budaya 2009.



.

10 Julai 2009

Aktiviti Guru Media 2009

A. Tugas di Peringkat Daerah dan Negeri

1. Taklimat Guru Perpustakaan dan Media

  • Bilik Perdana, PPD Lama Dungun
  • 10 Februari 2009: 2.00 - 4.00 petang

2. Kursus EduWebTV

  • Makmal ICT, SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun
  • 15 - 16 Februari 2009: 8.00 pagi - 4.00 petang












Guru Media sedang berinteraksi dengan rakan sejawat dari SMK Balai Besar, Pn. Hjh. Hasnah Yaacob pada hari pertama Kursus EduWebTV di SMK Tengku Intan Zaharah





3. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG Seri Dungun 1/2009 (Mewakili Pengetua)
  • Bilik Perdana, PPD Lama Dungun
  • 8 Mac 2009: 10.30 pagi - 12.30 tengah hari


4. Taklimat Instrumen Pemantauan PSS PKG Seri Dungun

  • PKG Seri Dungun
  • 15 April 2009: 2.00 petang - 4.00 petang


5. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan PSS PKG Seri Dungun 1/2009 (Menjadi Pengerusi, mewakili Pengetua)

  • Bilik Mesyuarat PKG Seri Dungun
  • 15 Jun 2009: 2.30 petang - 4.00 petang

6. Taklimat Program Indeks Kualiti PSS (IQ-PSS)

  • PKG Seri Dungun
  • 19 Julai 2009: 2.30 petang

.

B. Tugas di Peringkat Sekolah

1. Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS SMK Sultan Omar 1/2009

  • Bilik Mesyuarat SMK Sultan Omar
  • 21 Januari 2009: 1.30 tengah hari


2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS SMK Sultan Omar 1/2009

  • Perpustakaan SMK Sultan Omar
  • 25 Januari 2009: 1.30 tengah hari


3. Mengendalikan Bengkel EduWebTV kepaga guru SMK Sultan Omar

  • Makmal ICT, SMK Sultan Omar
  • 20 Jun 2009: 10.45 pagi - 1.00 tengah hari




Guru Media sedang menunjuk cara pendaftaran guru kepada guru SMKSO semasa Bengkel EduWebTV di Makmal ICT sekolah

.