17 Julai 2009

PASUKAN ZAPIN PSS

TIDAK ramai yang mengetahui bahawa pasukan Tarian Zapin SMKSO diwujudkan dengan inisiatif Pusat Sumber Sekolah. Penubuhannya pada tahun 2007 atas galakan daripada Pengetua, Encik Ab Malik bin Musa Dali (2004-2009). Pada peringkat awalnya, kebanyakan ahlinya terdiri daripada Pengawas PSS lelaki. Kumpulan ini dibimbing oleh Puan Syarifah Habibah binti Md Noor, Pembantu PSS. Kumpulan ini juga pernah dilatih oleh jurulatih daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu selama tiga bulan.

Pasukan ini dikenali sebagai Kumpulan Zapin Budi, sempena dengan lagu "Zapin Budi Bahasa" yang ditarikan. Semenjak penubuhannya, kumpulan ini tidak pernah ketinggalan membuat persembahan dalam majlis anjuran sekolah, seperti sambutan Hari Guru.

Penyertaan pertama di luar lingkungan sekolah adalah dalam pertandingan tarian antara sekolah menengah daerah Dungun sempena Pekan Budaya Dungun 2007. Penyertaan sulung itu membawa tuah kerana pasukan ini menjadi johan. Pada tahun 2008, kumpulan ini menjuarai Pertandingan Kebudayaan Program Merakyatkan Seni dan Budaya Daerah Dungun.

Mulai tahun 2009, SMKSO mewujudkan Kelab Nasyid dan Zapin, dan kumpulan ini diletakkan di bawah kelab ini. Puan Ruhana Yusof, Penyelaras Perpustakaan, menjadi Guru Penasihat, dan dibantu oleh Puan Syarifah Habibah.
.
Pada bulan Februari 2009, kumpulan zapin membuat persembahan awam sempena Sambutan 50 Tahun SMKSO. Pada tahun ini juga pasukan ini disertai ahli-ahli baharu daripada kalangan pelajar lelaki tingkatan 1 dan 2. Ahli-ahli baharu ini mendapat bantuan bimbingan beberapa orang ahli lama. Mereka juga telah membawa lagu zapin baharu, "Zapin Beradat". Kumpulan penari baharu ini membuat persembahan sulung di Dewan Warisan SMKSO sempena Karnival Koakademik pada akhir April lalu. Mereka juga membuat persembahan dalam Majlis Keraian Mantan Pengetua pada 17 Jun 2009.
Pasukan Zapin mempersembahkan tarian sempena Karnival Koakademik 2009
.
Sebahagian penari dalam persembahan sempena Majlis Keraian Mantan Pengetua SMKSO (17 Jun 2009)
.
.
.
.
Yang terbaharu, pada malam 10 Julai 2009, pasukan ini membuat persembahan di Padang Astaka Dungun sempena Pekan Budaya 2009.



.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan